Seorang pelajar dr Toronto, Kanada telah memberi beberapa sebab kenapa beliau memilih imej bertudung memandangkan fasyen muslimah tanpa bertudung dengan sempurna semakin berleluasa. Petikan teks ni Ana salin dr buku Jadilah Wanita Paling Bahagia yg Ana pinjam dr prpustakaan skolah Ana swaktu Form 5.
1. Dlm masyarakat hari ini, identiti seorang wanita diukur melalui pakaian, barang kemas, fesyen rambut, dan alat solek. Namun, dgn tudung identiti tidak dapat dinilai melalui paras rupa semata-mata.
2. Melindungi jiwa saya (keimanan) dan pemikiran saya daripada ancaman orang-orang berniat jahat yang ingin memperalat wanita.
3. Apakah kebebasan yang ada jika seseorang wanita tidak bebas bergerak kerana menjadi bahan tontotan pihak lelaki.
4. Wanitalah yang dijadikan alat untuk suatu barangan. Apabila bertudung, saya dapat membebaskan diri dari konkongan industri fesyen dan juga institusi yang memperalat wanita.
5. Tidak perlu menyeksa diri saya dengan menguruskan badan supaya kelihatan cantik dan menarik ataupun mencari alat solek yang paling sesuai dengan warna kulit saya supaya kelihatan anggun.
No comments:
Post a Comment