my life is an incredible journey

hidup adalah sebuah pengorbanan dalam satu pencarian

Sunday, 17 April 2011

Anda Blum Sedia Utk Ber-couple Sekiranya..

Kenapa? Sebab bagi Ana, orang yg couple ni tak matang. Diorang tidak menghargai kasih sayang yg diberikan oleh mak ayah, kawan, cikgu, dan yang paling penting kasih sayang Allah s.w.t sedangkan kita dah tau yg kasih sayang Allah s.w.t itu melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya. Tetapi diorang pegi cari kasih sayang dgn cara ber-couple sedangkan hubungan tu blum tentu kekal sampai bila2 jika nak dibandingkan hubungan kite ngan Allah s.w.t. Bukti kasih sayang Allah? Cube tgk..knapa orang yang mabuk, Allah s.w.t tak terus cabut nyawa dia? Sebab Allah bagi peluang kat dier utk bertaubat. Begitu jgak ngan kes2 lain cam tinggal solat, n puasa.. Allah blum cabut nyawa dia sbb Allah syg sangat2 kat dia n bagi peluang utk dia qada'/ganti puasa supaya terlepas dr azab seksaan api neraka. Tapi berapa orang amik peluang nie? Dan berapa orang yg sedar bahawa Allah sgt2 sayang kat dier.


Dalam Al-Quran, dah dibagitau "jangan engkau hampiri zina".. Allah tak cakap yang "jangan engkau buat zina". Jadi dah terang-terangan yg dekati zina pom dah x boleh, apatah lagi couple. Kat sini gak nampak kasih sayang Allah sbb Dia dah warning awal2 lg yg couple ni memberi mudharat dan Allah tak nk kita di-mudharatkan. Bila dah couple, mesti ada prbuatan zina spt zina mata (tengok2, jeling2 manja), n zina hati (teringat pg, petang, siang, malam, n sblum tido) Sayang nye Allah kat kite... Tapi adakah kita sayang Allah? Kalau syg, apa buktinya??

Kalau btul la sorang laki mncintai sesorg wnita seikhlas atinya, tdk bleh dia bercouple..couple dtg drpd nafsu..buat aper menurutkan nafsu?? Dalam Islam yg ada hanyalah perkahwinan....cara2nya,....bila seorg lelaki itu tersuka kat seorg wanita tak kira lah member ke, tak pernah kenal ke,....dia kena solat istikharah dulu sblm memulakan langkah....minta petunjuk Allah benarkah si dia itu adlh jodoh yg tlh Allah tetapkan.... kendian, skiranya dah dpt petunjuk benar si dia jodoh yg Allah tetapkan, kena approach parents dia....bkn nyer approach dia....lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni dan niat dia berkawan kenalah nak memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar main2 ek....
pastu, kalau perempuan ni pula kena buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki ni jodoh dia....kalau dah dpt petunjuk dari Allah dan parents kata ok,....tak ber makna blh dating, keluar bersama2 dan sbgnya.... step seterusnya kena cpat2 tetapkan tarikh kahwin....pastu kahwin la, and happy ever after....Insya Allah....

"Cinta yang dicari adalah baik, tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik."

APABILA KITA BERCOUPLE..

1. Tengok brapa banyak prepaid habes utk si buah hati. Dan tengok lak prepaid yg habes utk call ibu bapa korang?? Mesti banyak prepaid yg dihabiskan utk buah hati sedangkan duit utk beli prepaid itu datang dr hasil titik peluh ibu bapa korang kan?

2. Rela tunggu berjam-jam kat taman utk jumpe ngan si buah hati, dlm hujan lak tu.. sedangkan solat secara ekspres (2 minit) pom malas nak buat!

3. Lebih banyak cakap I Love You brbanding kalimah zikir.

4. Sanggup habis duit utk beli novel cinta, n surf internet berjam-jam utk cari tips nk pikat seseorang sedangkan nak bace Al-Quran sehelai pum susah!

5. Asyik teringat kat buah hati yg baru seminit berpisah sedangkan tak teringat langsung kat ibu di kampung walaupun dah berpisah selama berbulan-bulan lamanya.

6. Berpakaian sehabis hensem utk pegi dating tp hanya pakai singlet utk solat.

7. Sentiasa bertanya khabar si buah hati...."syg dah makan?", "syg sakit? la..knape xmakan ubat??", "study elok2 tau, baby girl bangga tengok baby boy jdik best student cam hari tu..."... SEdangkan khabar abang kandung yg ketagih rokok, tak diambil peduli langsung sedangkan dah tau yg mende tu leh mengancam nyawa.

8. Memarahi adik yg trsilap cakap dan menghempas pintu apabila ditegur ayah tp mampu trsenyum apabila dimarahi atau dihina oleh gf/bf.

Words Of Wisdom
"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

"Untuk bahagia, sayangilah sesiapa yang menyayangi anda, bukan sesiapa yang anda sayangi. Cth sesiapa yg menyayangi anda ialah Allah s.w.t."

"Tidak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tidak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas doa. Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri, maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya kepada suami datang dari cintanya kepada Allah S.W.T."


2 comments:

  1. menginsafkan... awak pon suda2 la sayang click5,,hahaha..pape pon..BEST!

    ReplyDelete
  2. cett~ click5 tu spesel kes..ngehehe

    ReplyDelete