my life is an incredible journey

hidup adalah sebuah pengorbanan dalam satu pencarian

Thursday 28 April 2011

Orang Kelantan Akan Menguasai Malaysia ??



Org Kelantan dijangka menguasai ekonomi dan politik Malaysia pada 2020 mengikut seorang pakar sosiologi dan ekonomi sebuah universiti tempatan. Apabila orang Kelantan menguasai ekonomi maka automatik akan menguasai politik. Org Cina pun akan habis main dengan org Kelantan. Rakyat Malaysia tak kira Melayu, Cina dan India akan jadi kuli org Kelantan nanti. adakah ia merbahaya kepada masa depan Melayu dan bukan Melayu di Malaysia? Lihatlah anak-anak Kelantan semakin hebat berniaga di seluruh Malaysia daripada perniagaan secara kecil-kecilan, pertengahan hinggalah kepada korporat2 besar. Org Kelantan bersatu sungguh dan depa ada di mana-mana. Company2 lawyer 90% dikuasai oleh anak2 Kelantan. Bersatu bermakna org Kelantan mempunyai network perniagaan di seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Di Kuala Lumpur/Selangor sahaja ada lebih 70 persatuan anak2 Kelantan. Itu belum dikira di lain2 negeri. Di Langkawi pun ada persatuan anak2 Kelantan begitu jugak guru2 yg dihantar ke Sabah dan Sarawak dipenuhi anak2 Kelantan. Kemasukan ke universiti2 dipenuhi anak2 Kelantan. Beribu2 anak2 Kelantan bekerja di luar negara. Petronas, Proton, DRB Hicom, Sime Darby (abg Ana keje kat sini) dipenuhi oleh anak2 Kelantan. Pegawai2 besar di Jabatan2 kjaan di penuhi anak2 Kelantan. Contohnya setiausha Kementerian Pelajaran Malaysia anak kelahiran Kelantan, bekas pelajar SMK Kamil. Pakar2 komputer, engineeer, arkitek dipenuhi anak2 Kelantan. Kota Bharu semakin membangun dah setaraf dgn Ipoh dan dijangka mengatasi kemajuan Pulau Pinang menjelang 2020. Islam sgt kuat di Kelantan sehingga ulamak dianggap golongan elit tertinggi berbanding dgn golongan-golongan lain. Pondok2 paling byk di Kelantan. Ada 68 sekolah agama rakyat di Kelantan berbanding hanya 26 sahaja di Kedah. Ada bandar Kelantan di London dan Amerika Sykt. Org Kelantan rakyat Malaysia paling banyak berhijrah ke UK, US dan Australia. Firma2 construction byk dikuasai oleh anak2 Kelantan. 60% lecturer UKM adalah org kelantan. Ada 500,000 rakyat Kelantan diluar Kelantan. Berbillion2 ringgit dikirim kepada Kelantan utk membangunkan Kelantan.



BEBERAPA GAMBAR PEMIMPIN KELANTAN YG MENUNJUKKAN HUBUNGAN YG BAIK ANTARA PEMIMPIN DAN RAKYAT

Menteri Besar sewaktu menghadiri perlawanan bolasepak di stadium negeri bagi memberi semangat kepada pasukan Kelantan, The Red Warriors

Antara program wajib di Kelantan - Solat Hajat bersama pemimpin di stadium negeri

Kelantan mendapat kunjungan kehormat daripada wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Eropah yg bertujuan untuk mengetahui sistem dan corak pentadbiran negeri Kelantan yang mampu bertahan di bawah pemerintahan kerajaan yang sama dalam masa 20 tahun.

Peranan pemimpin- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-5 mengimamkan solat

"Solat itu tiang agama"
Menteri Besar, Tn. Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat

Tuesday 26 April 2011

Karya yg Ditulis Oleh Harun Yahya


Harun Yahya...is my most favourite author ever! Antara bnyak2 buku yg beliau tulis... Ana baru je bace buku yg lam snarai ni, nombor 32. Lam buku tu ada dyer tulis snarai buku Harun Yahya kat bhagian pendahuluan n Ana salin smua list buku tu.... lenguh gak tangan nk tulis tapi, nk wat camner..dah minat.. N mende ni Ana tulis atas kertas swaktu di Tingktn 5..dlam bulan Julai. Kertas tu ada lg dlm simpanan n Ana tergerak aty nk publish kat blog..ntah la nape
Satu mende yg paling Ana suka sal HYahya iyelah smua hasil tulisan dier kat http://www.hyahya.org/ boleh disalin smula, dicetak, di-copy, diedar, disebar dan sewaktu dgnnye atas kbenaran HYahya sndiri. Nmpak la keikhlasan bliau utk sebar Islam. Tak mcm sesetgh web yg x bagi copy.
Bilangan buku yg dikarang HYahya mgkin dah mningkat sbb mse Ana tulis ni, buku tu diterbitkn lam thun 2003 kalo xsilap..skarang seingat-ingat Ana ada 225 buah buku.


1. Gerakan Neo-Mason
2. Tangan Rahsia di Bosnia
3. Disebalik Drama Terrorism
4. Kad-Kurdis Israel
5. Strategi Nasional Bagi Negara Turki
6. Moral Al-Quran Sebuah Solusi
7. Rimbunan dan Naungan Islam
8. Serang Hendap Komunism
9. Fasisme: Ideologi Berdarah Darwinisme
10. Kebencian Darwin Terhadap Bangsa Turki
11. Kehancuran Darwinisme kepada Manusia
12. Penipuan Evolusi
13. Artikel 1-2-3
14. Senjata Syaitan: Romantism
15. Blok Barat Mengakui Ketuhanan
16. Kaum-kaum yang Pupus
17. Kisah Nabi Musa a.s
18. Kisah Nabi Yusuf a.s
19. Zaman Keemasan
20. Sentuhan Seni Warna Tuhan
21. KebesaranNya di Setiap Ruang Semesta
22. Hakikat Hidupan dalam Dunia
23. Pengakuan Golongan Evolusionis
24. Jawapan Untuk Golongan Evolusionis
25. Pembohongan Proses Evolusionis
26. Sihir Darwinisme
27. Agama Darwinisme
28. Kehancuran Teori Evolusi dalam 20 Soalan
29. Al-Quran Panduan kepada Bidang Sains
30. Hakikat Asal Usul Kehidupan
31. Hakikat Penciptaan Alam Semesta
32. Keajaiban Al-Quran
33. Jiwa yg Sedar dlm Sel
34. Satu Petikan Irama Keajaiban
35. Rekacipta dalam Alam
36. Tebiat Pengorbanan Diri dan Kepintaran dalam Dunia Haiwan
37. Realiti Keabadian dan Azali
38. Anak-anak Darwin Telah Berbohong
39. SaatBerakhirnya Darwinisme
40. Memikir Sedalam-dalamnya
41. Keabadian dan Hakikat Takdir
42. Menyelami Hakikat Kebenaran
43. Jangan Jadikan Jahil Sebagai Alasan
44. Rahsiia Dalam DNA
45. Keajaiban Atom
46. Keajaiban Sel
47. Keajaiban Sistem Keimunan
48. Keajaiban Sistem Keimunan
49. Keajaiban Penciptaan Tumbuhan
50. Keajaiban Labah-labah
51. Keajaiban Semut
52. Keajaiban Nyamuk
53. Keajaiban Lebah
54. Keajaiban Biji Benih
55. Keajaiban Anai-Anai
56. Tumbuhan Hijau: Fotosintesis
57. Keajaiban Hormon
58. Keajaiban Manusia
59. Keajaiban Penciptaan Manusia
60. Keajaiban Protein
61. Alam Haiwan
62. Kehebatan Di Langit
63. Dunia Sahabat Kerdil Kita: Semut
64. Hasil Kerja Sempurna: Lebah
65. Pembina Empangan yang Mahir: Memerang
66. Misteri Mengenai Atom
67. Kehancuran Teori Evolusi
68. Fakta Mengenai Hakikat Penciptaan
69. Kehancuran Materialisme
70. Saat Berakhirnya Materialisme
71. Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 1
72. Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 2
73. Kehancuaran Konsep Mikrobiologi Teori Evolusi
74. Fakta Mengenai Hakikat Penciptaan
75. 20 Dalil KEnapa Teori Evolusi Terbatal
76. Penipuan Besar dalam Sejarah Bidang Biologi: Darwinisme
77. Konsep Asas dalam Al-Quran
78. Nilai Etika dalam Al-Quran
79. Menggarap Iman Dengan Cepay 1-2-3
80. Pernah Memikr Tentang Kebenaran?
81. Pemahaman Dangkal Mengenai Orang Yang Tidak Beriman
82. Taat Kepada Allah
83. Meninggalkan Masyarakat Jahiliyah
84. Destinasi Sebenar Mukmin: Syurga
85. Ilmu Pengetahuan Al-Quran
86. Senarai Al-Quran
87. Hijrah kerana Allah s.w.t
88. Sifat Orang Munafik Menurut Al-Quran
89. Rahsia Orang Munafik
90. Nama-nama Allah s.w.t
91. Komunikasi Untuk Dakwah
92. Golongan Menolak Al-Quran
93. Jawapan kepada Al-Quran
94. Kebangkitan dan Neraka
95. Jihad Para Nabi
96. Musuh No. 1 Manusia: Syaitan
98. Kepentingan Celik Al-Quran
99. Hari Kebangkitan
100. Jangan Sesekali Lupa
101. Hukum Al-Quran y Dilupakan
102. Kemanusiaan dlm Masyarakat Jahiliyah
103. Kepentingakan Sabar dlm Al-Quran
104. Maklumat Umum dlm Al-Quran
105. Keimana Yg Matang
106. Sebelum diulit Penyesalan
107. Nabi Kita Bersabda
108. Kasih Sayang Orang Mukmin
109. Takut kpd. Allah s.w.t
110. Igauan Buruk Kaum Kafirin
111. Kembalinya Nabi Isa a.s
112. Keindahan Kehidupan Berteraskan di Al-Quran
113. Sejambak Keindahan Ciptaan Allah s.w.t 1-2-3
114. Kezaliman Org yg Mencemuh
115. Misteri Penurunan Ujian
116. Kebijaksanaan Menurut Al-Quran
117. Perjuangan Melawan Agama: Atheis
118. Metode Pendidikan Nabi Yusuf as
119. Ikatan Kebaikan
120. Fitnah y Ditaburkan k atas Muslimin Sepanjang Zaman
121. Peri-penting Mmatuhi Kata-kata yg Baik
122. Kenapa Menipu Diri Sendiri
123. Islam: Agama yg Mudah
124. Semangat dan Tarikan dlm Al-Quran
125. Melihat Secara Positif
126. Bentuk Pentafsiran Al-Quran oleh Golongan Cetek Akal
127. Beberapa Rahsia Besar Al-Quran
128. Galakan Untuk Muslimin
129. Membangkitkan Harapan dlm Al-Quran
130. Keadilan dan Toleransi dlm Al-Quran
131. Rukun Asas Islam
132. Golongan y Degil Terhadap Al-Quran

Wednesday 20 April 2011

Hantu dr Sudut Fizik

Artikel nie ana copy 100 pratus dr akhbar brita harian tahun 2006. Dah lamer simpan artikel tu n raser cam xsedap pulak kalo xsebar.


Oleh
Nasron Sira Rahim
FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita – hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.
Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.
Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita!
Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.
Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!
Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.
“Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.
“Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema,” katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.
Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.
Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.
Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang ‘tidak sihat’ mampu memberikan kesan terhadap ‘animasi kehidupan’ seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.
Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.
“Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin,” katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).
Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.
Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.
“Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku.

“Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.
“Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa,” katanya.
Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak.
Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.
“Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya,” katanya.
Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.
“Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan,” katanya.
Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.
“Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.
“Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia.
“Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan khurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,” katanya.
Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.
“Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka,” katanya.
FAKTA: Hantu dan jin
• Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.
• Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.
• Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya ‘pejal’ menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.

Sunday 17 April 2011

You Don't Know What It's Like To Be like Me


Ana ske sgt ngan lagu kat bawah nie. Lirik dier related 100 pratus ngan hidup Ana. Pernah ada satu ae tu lam tahun 2011, ada org cakap kat Ana..."best nyer kalo dpt jadik macam awak". Ana rase nk nangis kat situ jugak sbb dier xtaw yg idup Ana nie cam roller coaster...turun naik, turun naik..dan skarang hidup Ana tengah menurun,menjunam, dan merosot.. tapi Ana cuma leh tersenyum. Sebenarnya, mungkin kiter cakap "bestnyer kalu dpt jd cam dier tu...dier nieee..". Kita xtaw apa yg bergelumang lam idup org tu..mungkin org tu baru lepas nangis, mungkin baru kena boikot, atau baru kena ngumpat. These 3 things are the common things happen in my chronicle of a journey. Setiap orang walaupun sehebat mana pon dier, still ada masalah cuma dia handle ngan cara ngan bijak, jd kita xbrapa nampak. Setiap kali Ana dgr lagu nie, Ana rase nk nyanyi kuat2, biar sluruh dunia dgr! Sebab ni lah idup Ana yg sebenarnye~

sick of crying..tired of trying..yeah i am smiling, but inside I'm dying


Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place,
Like somehow you just don't belong
And no one understands you?
Do you ever wanna run away?
Do you lock yourself in your room
With the radio on turned up so loud
That no one hears you're screaming?

No, you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No, you don't know what it's like
Welcome to my life


Do you wanna be somebody else?
Are you sick of feeling so left out?
Are you desperate to find something more
Before your life is over?
Are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
With their big fake smiles and stupid lies
While deep inside you're bleeding

No one ever lied straight to your face
And no one ever stabbed you in the back
You might think I'm happy but I'm not gonna be okay
Everybody always gave you what you wanted
You never had to work it was always there
You don't know what it's like, what it's like


To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No, you don't know what it's like (What it's like)

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No, you don't know what it's like
Welcome to my life

~simple plan..welcome to my life~

Anda Blum Sedia Utk Ber-couple Sekiranya..

Kenapa? Sebab bagi Ana, orang yg couple ni tak matang. Diorang tidak menghargai kasih sayang yg diberikan oleh mak ayah, kawan, cikgu, dan yang paling penting kasih sayang Allah s.w.t sedangkan kita dah tau yg kasih sayang Allah s.w.t itu melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya. Tetapi diorang pegi cari kasih sayang dgn cara ber-couple sedangkan hubungan tu blum tentu kekal sampai bila2 jika nak dibandingkan hubungan kite ngan Allah s.w.t. Bukti kasih sayang Allah? Cube tgk..knapa orang yang mabuk, Allah s.w.t tak terus cabut nyawa dia? Sebab Allah bagi peluang kat dier utk bertaubat. Begitu jgak ngan kes2 lain cam tinggal solat, n puasa.. Allah blum cabut nyawa dia sbb Allah syg sangat2 kat dia n bagi peluang utk dia qada'/ganti puasa supaya terlepas dr azab seksaan api neraka. Tapi berapa orang amik peluang nie? Dan berapa orang yg sedar bahawa Allah sgt2 sayang kat dier.


Dalam Al-Quran, dah dibagitau "jangan engkau hampiri zina".. Allah tak cakap yang "jangan engkau buat zina". Jadi dah terang-terangan yg dekati zina pom dah x boleh, apatah lagi couple. Kat sini gak nampak kasih sayang Allah sbb Dia dah warning awal2 lg yg couple ni memberi mudharat dan Allah tak nk kita di-mudharatkan. Bila dah couple, mesti ada prbuatan zina spt zina mata (tengok2, jeling2 manja), n zina hati (teringat pg, petang, siang, malam, n sblum tido) Sayang nye Allah kat kite... Tapi adakah kita sayang Allah? Kalau syg, apa buktinya??

Kalau btul la sorang laki mncintai sesorg wnita seikhlas atinya, tdk bleh dia bercouple..couple dtg drpd nafsu..buat aper menurutkan nafsu?? Dalam Islam yg ada hanyalah perkahwinan....cara2nya,....bila seorg lelaki itu tersuka kat seorg wanita tak kira lah member ke, tak pernah kenal ke,....dia kena solat istikharah dulu sblm memulakan langkah....minta petunjuk Allah benarkah si dia itu adlh jodoh yg tlh Allah tetapkan.... kendian, skiranya dah dpt petunjuk benar si dia jodoh yg Allah tetapkan, kena approach parents dia....bkn nyer approach dia....lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni dan niat dia berkawan kenalah nak memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar main2 ek....
pastu, kalau perempuan ni pula kena buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki ni jodoh dia....kalau dah dpt petunjuk dari Allah dan parents kata ok,....tak ber makna blh dating, keluar bersama2 dan sbgnya.... step seterusnya kena cpat2 tetapkan tarikh kahwin....pastu kahwin la, and happy ever after....Insya Allah....

"Cinta yang dicari adalah baik, tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik."

APABILA KITA BERCOUPLE..

1. Tengok brapa banyak prepaid habes utk si buah hati. Dan tengok lak prepaid yg habes utk call ibu bapa korang?? Mesti banyak prepaid yg dihabiskan utk buah hati sedangkan duit utk beli prepaid itu datang dr hasil titik peluh ibu bapa korang kan?

2. Rela tunggu berjam-jam kat taman utk jumpe ngan si buah hati, dlm hujan lak tu.. sedangkan solat secara ekspres (2 minit) pom malas nak buat!

3. Lebih banyak cakap I Love You brbanding kalimah zikir.

4. Sanggup habis duit utk beli novel cinta, n surf internet berjam-jam utk cari tips nk pikat seseorang sedangkan nak bace Al-Quran sehelai pum susah!

5. Asyik teringat kat buah hati yg baru seminit berpisah sedangkan tak teringat langsung kat ibu di kampung walaupun dah berpisah selama berbulan-bulan lamanya.

6. Berpakaian sehabis hensem utk pegi dating tp hanya pakai singlet utk solat.

7. Sentiasa bertanya khabar si buah hati...."syg dah makan?", "syg sakit? la..knape xmakan ubat??", "study elok2 tau, baby girl bangga tengok baby boy jdik best student cam hari tu..."... SEdangkan khabar abang kandung yg ketagih rokok, tak diambil peduli langsung sedangkan dah tau yg mende tu leh mengancam nyawa.

8. Memarahi adik yg trsilap cakap dan menghempas pintu apabila ditegur ayah tp mampu trsenyum apabila dimarahi atau dihina oleh gf/bf.

Words Of Wisdom
"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

"Untuk bahagia, sayangilah sesiapa yang menyayangi anda, bukan sesiapa yang anda sayangi. Cth sesiapa yg menyayangi anda ialah Allah s.w.t."

"Tidak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tidak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas doa. Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri, maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya kepada suami datang dari cintanya kepada Allah S.W.T."


Saturday 16 April 2011

Journey ~ Jalan Keluar

One night, lam 2 hari lepas. Ana post sal Iluminati/Freemanson kat group PLKN yg Ana jd member. Then, rmai yg komen (mksudnya banyak mklum balas). Kitorg discuss ramai2. Campur dari sumer skolah....KISAS, skolah Arab, SBP, MRSM..tHEN, ada 2,3 org yg post lagi, lagi dan lagi sal iluminati/freemnson. Skali ngan video. Ttbe ada sorang guy ni post link which is sumthin different. Sal iluminati gak. Bkali-kali dier suh bace (yg sbenarnye Ana malas sbb kepala Ana dah pnuh ngan ilum/freemnsn). Geram gak ngan guy towh! So, dah kne desak, Ana pom bace lar.. Very interesting.

"jahiliyah lbih truk n sbhagian drpd iluminati & freemanson.bile kite duk sibuk2 ngan iluminaty & freemnson, seolah-olah kte sibukkn dri ngan konspirsi ni, sdgkan diri sendiri still lg duk lam lngkarn jahiliyah.."

This is the point yg Ana dpt dri link tu. Guy tu cakap yg point Ana tu btul (sbb sblom ni Ana bg point salah, because Ana malas sgt nk bace btul2 n otak Ana tgah layan lagu Sami Yusuf- Allahu Akbar)

Next, Ana post 3 soklan kat grup tu utk dijawab
mintak tlg jawab
1.apa hukum kalo kite nyanyi lagu Lady Gaga tp xbrniat nk ikut dier?
2.Camner nak nasihatkan kwn yg minat Lady Gaga n cam dah trpngaruh sket2? Andaikata kwn tu laki?
3.kalu ditakdirkan korang dpt psangan hidup yg smoker, camne korang nsihatkn dier?


brikut jwpan yg diberikan guy tu. (guy yg sama ngan atas td)
1. x bleyh.sbb 3 perkara yg x leyh main2 walaupon x berniat tp ttp jadi: kahwin,talak,bab2 akidah...sbb sudah trg melalui pencerahan2 kt internet mengenai benda nie..kite dh tau...
2.cbe jelaskan dgn bg link2 kt internet...n trgkan kt die ape implikasinye..sbb ni berkaitan akidah
3. berterus terang dgn die-kite x suke abg merokok.n mengenai bgitau hukom,rsenye x leyh bgitau secara terangan,sbb llaki ego lbiyh....cbe secare halus...
x pown kite srang kelemahan die...cthnye: sy x nk tido ngan abg sbb sy allergic bau rokok/klau die merokok,pgi jauh2....tp benda ni susah
sbb hidayah dtg daripda allah...kite hanya mmpu menyampaikan.


then ni jwpan yg dbrikn oleh sorang girl..my fren jgak
2)advice die molep tntg burukk baik..tp nk advice bia btempat sbb llki sensitive law tgo xbtempat n ikot mood..olh krn tu yg dia minat..kne slow2 la..try suggest penceramah islam ke..tell hum dat dgr ceramah ag best sbb ingtkn kita tntg mati..sy pnh ubh geng boys sy yg minat gle punk..skarang da normal da pon..

Ana ckap yg... i was about to cry..dan nie kata hikmat yg 2 insan ni bgi

girl: ish..jgn gitu nurul..usaha dulu..then tawakal..nangis tu elok bena..tp tabahkan hati dulu..ok..anything oyak la ko ore..law ore ley tolong,ore try k..
guy: hakikat dunia itu pahit,kerana syurga itu manis...ayat penutup sbelom masuk tidoe..nite.


Girl tu brnama Fatin Afeeqah
Guy tu brnama Fitri Fahmi a.k.a Ketua Umum KISAS 2010

Friday 15 April 2011

Kenapa Saya Perlu Bertudung?

Seorang pelajar dr Toronto, Kanada telah memberi beberapa sebab kenapa beliau memilih imej bertudung memandangkan fasyen muslimah tanpa bertudung dengan sempurna semakin berleluasa. Petikan teks ni Ana salin dr buku Jadilah Wanita Paling Bahagia yg Ana pinjam dr prpustakaan skolah Ana swaktu Form 5.


1. Dlm masyarakat hari ini, identiti seorang wanita diukur melalui pakaian, barang kemas, fesyen rambut, dan alat solek. Namun, dgn tudung identiti tidak dapat dinilai melalui paras rupa semata-mata.

2. Melindungi jiwa saya (keimanan) dan pemikiran saya daripada ancaman orang-orang berniat jahat yang ingin memperalat wanita.

3. Apakah kebebasan yang ada jika seseorang wanita tidak bebas bergerak kerana menjadi bahan tontotan pihak lelaki.

4. Wanitalah yang dijadikan alat untuk suatu barangan. Apabila bertudung, saya dapat membebaskan diri dari konkongan industri fesyen dan juga institusi yang memperalat wanita.

5. Tidak perlu menyeksa diri saya dengan menguruskan badan supaya kelihatan cantik dan menarik ataupun mencari alat solek yang paling sesuai dengan warna kulit saya supaya kelihatan anggun.